Tekan butang PLAY untuk menyaksikan siaran langsung dari Mekkah dan Madinah
Ahad, 3 Mac 2013
Sabtu, 2 Mac 2013
Sebagai seorang hamba, perkara pokok yang menjadi asas kepada kita semua adalah mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya Kerana Apa yang Disampaikan mengandungi petunjuk, pembimbing dan pembeza antara yang hak dan yang batil. Bagi memperbaiki akhlak manusia,Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan misi utamanya membangunkan akhlak manusia agar dapat keredhaan Allah S.W.T.
https://www.facebook.com/ muslimacuanalquran
https://www.facebook.com/
Selasa, 26 Februari 2013
RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH
1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
Jumaat, 22 Februari 2013
Hamba Yang Dicinta dan Mencintai AL-QUDDUS
Maha suci zat yang telah mencurahkan segenap cinta-Nya kepada para hamba yang dicintai-Nya iaitu, dengan memuji mereka atas segala apa yang telah Dia berikan dan membeli kembali dengan pahala (balasan Kebaikan). Zat yang Maha berkuasa unuk mendahulukan terhadap hamba(umat) terakhir kerana sifat-sifat yang menonjol pada diri mereka, sebab, di situlah terletak dari wujud kecintaan-Nya. Zat Yang Maha Bangga dengan Puasa yang mereka(para Hamba) lakukan dan mencintai bau mulut mereka kerana puasa tersebut. Zat yang mempunyai posisi sentiasa terjaga(tidak tidur dan tidak lalai), yang tidak seorang pun mampu mencapai wujud-Nya dan tidak seorang pun mampumenghurai hakikat keberadaan-Nya dengan sempuran..
Langgan:
Catatan (Atom)